SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN
Tujuan
Syarat
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
- Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
- Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
- Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
- Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.
- Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dengan teliti iklan berkenaan dengan syarat-syarat permohonan.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (keutamaan kepada calon yang bermastautin di Sarawak) dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi serta aktif di dalam kegiatan-kegiatan persatuan dan pertubuhan.
- Bagi kursus-kursus di peringkat Ijazah Lanjutan, pemohon mestilah mempunyai ijazah pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan kursus yang diambil mestilah diperlukan oleh Jabatan masing-masing serta mengurus sendiri kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi Awam Tempatan atau Luar Negara dan mengemukakan surat pelepasan majikan (pemohon bekerja). Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Tinggi Awam Tempatan.
- Pemohon mestilah sudah menerima tawaran secara sepenuh masa sahaja.
- Pemohon yang sudah mendapat tajaan daripada badan penaja lain tidak layak untuk memohon.
- Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika permohonan anda tiada jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya.
- Ijazah Sarjana Muda: Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
- Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
- Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
YBSTAR/1/2010
Tarikh Tutup: 31 Julai 2011
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh tutup kepada:
Setiausaha
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)
d/a Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Lot 4784 Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak